Piala Dunia Qatar: Ketua jurulatih Ghana tuduh pengadil berat sebelah
KETUA jurulatih Ghana, Otto Addo, berang dengan keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Portugal dalam kemenangan Piala Dunia Qatar 2022 yang mendebarkan ke atas The Black Stars, awal pagi tadi.
Addo lantang bersuara: "Saya tidak tahu sama ada (video bantuan pengadil) VAR tidak memberi perhatian".
Cristiano Ronaldo muncul pemain pertama yang menyumbat gol dalam lima edisi Piala Dunia ketika membuka jaringan dari menerusi sepakan penalti di Stadium 974 yang menyaksikan juara Eropah 2016 itu menang 3-2.
Ghana, bagaimanapun, berasakan keputusan pengadil, Ismail Elfath, untuk memberikan sepakan penalti adalah tidak tepat dan percaya Mohammed Salisu memenangi bola atas cabarannya ke atas pemilik lima Ballon d'Or lima kali.
Addo mengecam prestasi Elfath sambil mendedahkan dia telah dinafikan peluang untuk bercakap dengan pengadil susulan kekalahan Ghana.
Ditanya sama ada Ronaldo meraih manfaat daripada keputusan yang menggalakkan, Addo berkata: "Saya rasa anda perlu bertanya kepada pengadil. Saya tidak mempunyai bukti mengenainya tetapi kami bermain bola sepakan dan berlaku pertembungan pemain.
“Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan, saya tidak pasti adakah VAR tidak memberi perhatian.