Change Language
Reset

CISEC PSAS

"Menghubungkan industri, memberdayakan graduan - CISEC, menjalin kesenjangan untuk pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran."

[pvc_stats postid="" increase="1" show_views_today="1"]


Video Koprat
Email
Hubungi Saya
WhatsApp

Corporate Industrial Services & Employability Center (CISEC) secara umumnya merupakan unit sokongan yang bernaung di bawah Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Azlan Shah. CISEC menyediakan perancangan yang sistematik dan tersusun bagi melahirkan graduan PSAS yang menjadi rebutan industri.


CISEC mempunyai 6 orang pegawai dan dibantu oleh 2 orang Penyelaras CISEC di jabatan induk. Pegawai utama yang membantu menggerakkan agenda CISEC adalah Pegawai Kerjaya, Pegawai Kebolehpasaran, Pegawai SKPG & 1L5G , Pegawai Data Kolaborasi dan Pegawai Alumni. Pegawai Kerjaya adalah perjawatan yang hakiki yang merupakan kaunselor di Unit Psikologi.


Perkhidmatan CISEC merangkumi 3 aspek iaitu :

• Pelaksanaan program-program kerjaya bagi peningkatan kebolehpasaran graduan,

• kolaborasi bersama industri dan

• mempekasakan alumni PSAS


CISEC memfokus kepada perkhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan dan kolaborasi.

• Memudahcara jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik dengan Industri

• Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan

• Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan politeknik

• Meningkatkan kadar bekerja graduan politeknik

• Menyediakan khidmat nasihat kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan

• Melaksanakan program-program yang dirancang oleh JPP dan Politeknik bagi meningkatkan GE seperti Program CEO Fakulti, IAC dan sebagainya

Biz Card