
Saya merupakan seorang bekas pelajar jurusan pengoperasian perniagaan di Kolej Komuniti Hulu Langat. Mula berminat menceburkan diri dalam industri teknologi maklumat sejak dibangku sekolah menengah lagi.
Banyak terlibat dalam sesi perkongsian ilmu pada pelbagai peringkat seperti sekolah, pensyarah dan komuniti setempat.
Dahulunya zaman IT masih tidak relevan dan meluas seperti sekarang tetapi kecanggihan perkakasan yang diperkenalkan oleh tokoh terkenal di luar negara membuatkan kini kehidupan seharian kita tanpa telefon bimbit dan teknologi tidak dapat dipisahkan.
Tercetus idea menjalankan program ini daripada cadangan seorang pensyarah semasa belajar memohon saya menyertai suatu program yang fokusnya aplikasi google dalam pembelajaran dan berfikir untuk memberikan manfaat kepada masyarakat sehingga kini.