Change Language
Reset

Enter your name here

Welcome to my page (•◡•)

[pvc_stats postid="" increase="1" show_views_today="1"]


Button10
Button9
Button8
Button7
Button6
Button5
Button4
Button3
Button2
Button1

Johor umum cuti peristiwa 27 Nov sempena kejayaan JDT ke final

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan mengisytiharkan Ahad, 27 November sebagai cuti peristiwa untuk negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata pemberian cuti peristiwa itu susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia esok.

Katanya, pengisytiharan cuti ini selaras dengan peruntukan dalam Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).


"Pemberian cuti peristiwa tersebut adalah untuk memudahkan para penyokong menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

"Selain memudahkan ia seterusnya memberi keselesaan kepada mereka untuk merancang dan mengatur perjalanan mereka agar tidak tergesa-gesa dan berada dalam keadaan selamat.

"Kerajaan Negeri Johor juga bersetuju menimbal guna tarikh pengistiharan Cuti Umum pada Isnin iaitu 28 November ini yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Hari Cuti Umum bagi negeri ini," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin ini sebagai cuti umum, dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, di Sungai Long Golf and Country Club, Kajang.


Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di media sosialnya mengucapkan tahniah kepada JDT yang telah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 pada Sabtu ini.

Katanya mengajak warga negeri ini untuk bersama-sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi terus memberi sokongan padu kepada pasukan JDT.


"Menjunjung Kasih Sultan Johor yang telah memberi perkenan bagi meraikan kejayaan ini.

"Menjunjung Kasih Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi inspirasi kepada orang muda Johor dan sentiasa memberi sokongan kepada atlet-atlet kita.

"Kerajaan negeri Johor juga mengumumkan hari Ahad ini sebagai cuti peristiwa untuk Johor sempena perlawanan bola sepak ini.


"Ia juga bagi menghargai sokongan padu yang sentiasa diberi oleh rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan," katanya.

Joko Widodo terima suntikan penggalak kedua guna vaksin COVID-19 buatan tempatan


JAKARTA: Presiden Joko Widodo menerima suntikan vaksin penggalak COVID-19 kedua hasil keluaran tempatan, IndoVac di kediaman presiden di Bogor pada Khamis.


Vaksin yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal milik kerajaan Bio Farma dan Baylor College of Medicine yang berpangkalan di Texas mendapat kelulusan agensi makanan dan ubat Indonesia untuk kegunaan kecemasan pada 28 Sept.


Joko Widodo menggesa orang ramai terutamanya petugas kesihatan dan warga emas untuk mendapatkan suntikan bagi mewujudkan imuniti kelompok dan mencegah penularan virus.


Indonesia memulakan program vaksinasi pada Januari 2021, dan hampir 205 juta rakyatnya menerima dos pertama setakat ini, manakala 172 juta orang telah lengkap dua dos vaksin.

Kira-kira 66 juta orang menerima suntikan penggalak atau dos ketiga manakala 730,000 telah menerima dos keempat, katanya selepas menerima suntikan itu, menurut kenyataan media.


Pasukan Petugas Pengendalian COVID-19 negara melaporkan 7,221 kes baharu direkodkan pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh nusantara mencecah 6.63 juta.

Sekurang-kurangnya 51 orang meninggal dunia akibat wabak berkenaan, menjadikan jumlah kematian setakat ini 159,524 dan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 6.40 juta.


Data menunjukkan 84 peratus kematian atau 74 peratus individu yang dirawat di hospital yang mengalami simptom sederhana dan teruk tidak mendapatkan suntikan vaksin, kata Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin.